top of page

 Aturcara semasa mengerjakan Umrah di Mekkah - Madinah selama 12 hari 

HARI 1

    Berkumpul di lapangan terbang Kepala Batas Alor Setar ke KLIA selepas subuh. Kemudian berlepas ke  KLIA.  KLIA ke Jeddah menaiki pesawat Saudi Arabia. (Setiap jemaah diberitahu untuk berniat Umrah dua jam sebelum tiba di Jeddah). Setibanya di Makkah, jemaah akan disambut oleh mutawwif dan menaiki bas ke hotel yang telah ditetapkan.Seterusnya jemaaah akan dibawa oleh mutawwif untuk mengerjakan umrah pertama.(Tawaf selamat datang)

 

HARI 2

    Selepas sarapan pagi, jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk mengerjakan umrah kedua ditemani mutawwif serta lawatan sekitar Makkah. Selepas umrah aktiviti bebas.

 

HARI 3

    Selepas sarapan pagi,jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk mengerjakan umrah ketiga ditemani mutawwif serta lawatan ke ladang unta. Selepas umrah aktiviti bebas.

 

HARI 4

     Selepas sarapan pagi,jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk mengerjakan umrah keempat ditemani mutawwif .Sekiranya mendapat kelulusan daripada kerajaan Arab Saudi , Pihak jemaah akan dibawa menziarahi muzium Ka'abah.Selepas umrah aktiviti bebas (lawatan ini termasuk dalam harga pakej).

 

HARI 5

    Selepas sarapan pagi,jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk mengerjakan umrah kelima ditemani mutawwif .Jemaah akan dibawa melihat Gua Hira tempat Nabi menerima wahyu yang pertama.(lawatan termasuk dalam pakej)

 

HARI 6

  Selepas sarapan pagi,jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk mengerjakan umrah keenam ditemani mutawwif. seterusnya jemaah bebas untuk beribadat di Masjidil Haram dan ziarah di kawasan sekitar yang berhampiran.

 

HARI 7

 Selepas sarapan pagi,jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk mengerjakan umrah ketujuh ditemani mutawwif. seterusnya jemaah bebas untuk beribadat di Masjidil Haram dan ziarah di kawasan sekitar yang berhampiran.

 

HARI 8

    Pihak jemaah diminta berkumpul dilobi untuk mengerjakan tawaf Wida sebelum meninggalkan Makkah dan kemudiannya akan dibawa ke Madinah. Jemaah bebas beribadat di Masjid Nabawi.

 

HARI 9

    Jemaah diminta berkumpul dilobi hotel untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di Madinah seperti Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud dan bazaar kurma. Selepas itu jemaah bebas beribadat.

 

HARI 10

    Para jemaah akan dibawa ke kilang Al-Quran dan ladang kurma. Pihak jemaah akan dibawa menziarahi Makam Rasullah dan Para Sahabat, Raudhah dan Perkuburan Baqi. 

 

HARI 11 

    Para jemaah bebas untuk beribadat di Masjid Nabawi.

 

HARI 12

    Jemaah berhimpun dan akan bertolak pulang ke KLIA - KLIA ke Kepala Batas Alor Setar.


 

bottom of page